Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen dua orang pemandu teksi selama sebulan berdasarkan aduan yang diterima oleh agensi tersebut melalui akaun rasmi Twitter SPAD.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, kedua-dua pemandu teksi terbabit turut dilarang memandu atau memberi perkhidmatan teksi sepanjang tempoh tersebut kerana melakukan tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang berlebihan.

“Syarikat pengendali mereka juga diberi surat amaran kerana tidak memantau pemandu mereka yang disabitkan atas kesalahan tersebut.

“Tindakan ini berikutan siasatan terperinci berdasarkan setelah dua aduan video melalui akaun Twitter SPAD@aduanSPAD. Penyebaran video tersebut juga telah dilakukan oleh orang awam melalui Facebook ‘How to Deal with Errant and Rogue Malaysia Taxi Drivers,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Nur berharap orang ramai terus membantu SPAD untuk menangani masalah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter dengan bukti rakaman video seperti yang diperoleh dalam kes berkenaan.

Tambahnya, SPAD turut memerlukan beberapa maklumat lain seperti maklumat pemandu, nombor pendaftaran kenderaan, tarikh, lokasi kejadian dan bahan sokongan lain yang boleh digunakan untuk mengukuhkan sesuatu kes.

Beliau turut mengingatkan sikap negatif pemandu terbabit sebenarnya menjejaskan imej dan reputasi industri teksi terutama dalam negara menadakan Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Pada masa yang sama, orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan persekitaran mereka dan harus mengelak daripada situasi yang boleh mengancam keselamatan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment