KES hukuman tidak masuk akal terhadap dua murid tahun empat sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Perak yang leher mereka digantung loceng dan diberi makan rumput ketika sesi persekolahan pagi Khamis lalu, dianggap ‘selesai’ selepas semua pihak terbabit berbincang.
Dalam kes tersebut, ibu seorang murid berkenaan, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, mendakwa anak lelakinya berusia 10 tahun bersama seorang rakan sekelasnya didenda dengan dipakaikan loceng di leher oleh seorang guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Ibu murid terbabit turut mendakwa, kedua-dua murid itu juga diberi rumput sambil guru berkenaan mengatakan ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’ dan merakam gambar mereka untuk dimuatnaik ke Facebook.
Hasil laporan diterima di Balai Polis Sungkai itu, ketua balai memanggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu, termasuk kedua-dua murid itu.
Perjumpaan itu turut dihadiri guru besar dan dua wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Tapah.
Dalam perbincangan itu, guru berkenaan memohon maaf dan mengaku mengenakan hukuman menggantung loceng di leher, tapi tidak memberi kedua-dua murid itu makan rumput.
Sebenarnya kita sudah bosan dengan apa yang berlaku.
Di Johor, pengetua sekolah Cina mengugut gurunya yang memakai tudung…dan baru nak reda suhu ‘panas’ itu, kita dikejutkan pula dengan perbuatan kurang ajar guru Cina di Perak itu.
Dan seperti biasa, permohonan maaf diberi dan semuanya dianggap ‘selesai’!
Selesai apa kejadahnya???
Perbuatan seperti ini tidak cukup dengan meminta maaf, ia MESTI disusuli dengan tindakan yang lebih tegas agar mampu memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat.
Kalau perlu digantung kerja mereka, lakukan. Kalau perlu dipecat, laksanakan!
Tahukah anda perbuatan kurang ajar dua guru Cina ini boleh mencetuskan pergeseran dan perbalahan yang serius dalam masyarakat?
Nasib baiklah masyarakat Melayu terkenal dengan sikap ‘pemaaf’ mereka, tetapi kalau ada yang mengambil kesempatan untuk membakar api perkauman bagaimana?
Sebab itu pihak berkuasa tidak lagi boleh berkompromi dengan perbuatan guru-guru yang pendek akal seperti mereka berdua ini.
Kita bimbang, kalau perbuatan sebegini kita ambil mudah, lebih ramai manusia-manusia seperti mereka akan muncul dan melakukan perbuatan yang sama, atau mungkin lebih teruk dari itu.
Sikap kita yang cukup sekadar menerima permohonan maaf merupakan satu ‘signal’ yang salah, ia hanya memberi ruang dan peluang untuk mereka yang kurang ajar seperti dua guru di atas untuk ‘meluaskan empayar’ kebiadapan mereka!
Tak percaya, tunggulah masa dan ketikanya.
Kenapa guru yg bagi anak murid makan rumput sekadar ditukarkan ke sekolah lain sahaja?..Kalau terjadi kepada guru melayu dan anak murid itu cina atau india mungkin digantung terus...INI TIDAK ADIL...GANTUNG SAJA PERKHIDMATAN CIKGU TU!!!!
ReplyDelete