Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

BEIJING – CHINA. Tahun Baharu China bakal tiba dua minggu sahaja lagi namun kenaikan harga beberapa bahan bagi ‘hidangan wajib’ menjadikan masyarakat Cina di sini mengerut dahi.

Tajuk berita seperti ‘Harga meningkat menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina’, ‘Simpan stok makanan, elakkan kerugian’ dan ‘Harga sayur naik mendadak sejak bulan lepas’ terpampang di dada akhbar dan portal berita tempatan baru-baru ini, yang jelas memaparkan peritnya masyarakat peniaga dan pengguna Cina menantikan ketibaan Tahun Kuda.

“Harga sayur-sayuran, tomato dan telur meningkat dengan ketara baru-baru ini,” keluh suri rumah Zheng Xuanlai, 62, ketika ditemui di sebuah pasar di sini.

Beliau memberitahu Bernama tiada apa yang boleh dilakukannya selain mengurangkan pembelian bagi tahun ini.

“Macam mana pun ini sambutan tradisi kami, kenaikan harga nampaknya tidak dapat dielakkan setiap tahun menjelang tibanya tahun lunar,” katanya.

Data pada laman web produk pertanian dan sampingan menunjukkan setakat 20 Jan, dua pertiga daripada 21 jenis sayur di bawah pemantauan harga mencatatkan purata peningkatan 14 peratus setiap hari, terutamanya harga kacang, tembikai dan cili, masing-masing naik sehingga 40.2 peratus, 38.1 peratus dan 37.3 peratus.

Penjual limau yang hanya dikenali sebagai Wang berkata harga limau naik sekitar dua hingga empat yuan sekilogram mengakibatkan pengguna memberi sambutan dingin tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

“Tahun baharu semakin hampir tetapi jumlah pengguna kian berkurangan tahun ini, saya harap jualan akan kembali rancak beberapa lagi lagi,” katanya.

Meskipun harga bahan bagi sajian tradisional misalnya kurma, daging asin dan cendawan tidak dinaikkan harga, kuasa pembeli nampaknya semakin berkurangan tahun ini.

Penjual daging asin, Wang Fengse yang terlibat dalam industri itu selama sembilan tahun, bingung dengan kuasa beli yang lemah tahun ini, sungguhpuh harga daging asin dikekalkan seperti tahun sebelumnya.

“Kami jual dengan harga yang rendah tahun ini tetapi pembeli yang datang lebih kecil daripada tahun lepas,” katanya, dan menegaskan “tahun baharu hanya dua minggu saja lagi!”

Di wilayah Fujian di bahagian selatan China, laman portal berita tempatan taihainet.com melaporkan harga makanan laut naik sehingga lebih 20 yuan sekilogram, manakala harga makanan mewah seperti ikan kerakap, udang karang, siput kon dan ketam meningkat mendadak sehingga 50 peratus.

Harga gula-gula dan biskut juga dilaporkan meningkat daripada tiga kepada 10 peratus.

Bagaimanapun, harga beberapa barangan seperti daging babi, sirip yu, timun laut, abalone dan bir cina lebih murah ekoran lebihan bekalan serta saingan sengit dalam kalangan peniaga.

Kes selesema burung H7N9 turut mengurangkan permintaan bagi ayam itik yang membawa kepada kejatuhan harga ayam di China. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment