Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

Kalau marah dan ingin sangat melepaskan kemarahan melalui status di Facebook dia ada petua-petua tertentu yang perlu diikuti.

Antaranya ialah pastikan anda tidak menyebut nama atau gambar sesuatu kumpulan besar manusia seperti syarikat, wilayah, daerah, sekolah atau negeri biarpun anda berasa marah dengan mereka di sana.

Sebagai contoh hari ini, seorang gadis dari Kluang jadi mangsa kutukan dan maki hamun di Facebook selepas melepaskan kemarahannya kepada rakan sebiliknya dengan menamakan rakan sebiliknya itu sebagai ‘Orang Negeri Sembilan’.


Ekoran statusnya itu, habis warga Negeri Sembilan mengamuk di laman Facebook kerana bahasa biadab yang digunakan gadis itu.

Gambar itu dimuatnaik oleh laman Facebook Anak-Anak Negeri Sembilan dan ia dikecam keras para pengikut laman itu dan disifatkan gadis itu hanya memalukan penampilan wanita bertudung.

Gambar berkenaan sudah mendapat kira-kira 657 komen dan dikongsikan di Facebook sebanyak 105 kali.

Di laman Facebook gadis itu hari ini, baru dikemaskini statusnya mengatakan status berkenaan hanya ditulis kerana ingin melepaskan tekanan kemarahan kepada rakan sebiliknya tanpa ingin menamakan sesebuah negeri secara langsung.


Antara komen yang diterima turut menyebut mulut wanita Negeri Sembilan lebih tajam dan pedas jika mereka membalas kutukan itu.


Bila marah, tangan itu perlu dihindarkan dari terus melakukan apa yang terdetik di hati. Sebab itu otak dan akal itu diletakkan di atas sekali supaya apa sahaja keadaan akan dinilai serta difikir dengan teliti sebelum bertindak. - IBNU K

0 comments:

Post a Comment