Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menjadi mangsa ahli UMNO yang mahu melakukan `pemberontakan’.
Beliau mendakwa, Hasan menjadi mangsa apabila beberapa cybertrooper UMNO menyebarkan spekulasi kononnya Menteri itu akan mengumumkan perletakan jawatan pada minggu lalu ekoran tekanan rakyat berikutan kenaikan harga barang.

“Parang sedang diasah untuk serangan hendap dalam konspirasi puak reaksioner dan anti-demokrasi UMNO bagi mencantas rintangan yang menghalang agenda pemberontakan mereka

“Parang sedang diasah untuk serangan hendap dalam konspirasi puak reaksioner dan anti-demokrasi UMNO bagi mencantas rintangan yang menghalang agenda pemberontakan mereka dan Hasan adalah salah seorang anggota Kabinet yang boleh dianggap sebagai rintangan bagi puak tersebut,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media pada 10 Januari lalu melaporkan Hasan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan.

Penafian itu dilakukan oleh Pejabat Menteri tersebut dalam satu kenyataan dua perenggan yang turut menyebut perletakan jawatan tidak benar sama sekali.

0 comments:

Post a Comment