Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa semua pihak menolak cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi mengekang golongan pelampau agama di negara ini.

Penyelarasnya, Syukri Razab mendakwa, cadangan yang turut disokong Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar  itu akan mengembalikan kuasa polis menahan rakyat dan memenjarakan mereka selama dua tahun secara sesuka hati.

“Oleh itu sekiranya ISA diwujudkan semula, lebih banyak kezaliman and penindasan akan berlaku dan Malaysia akan dipandang oleh masyarakat antarabangsa sebagai negara diktator.

“Suaram menganggap cadangan untuk mengembalikan ISA sebagai cadangan lapuk dan perlu ditolak rakyat dan kerajaan Malaysia.,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Syukri seterusnya mendakwa, polis sebenarnya masih boleh menjaga keamanan dan keharmonian negara tanpa ISA memandangkan negara ini memiliki undang-undang yang cukup komprehensif.

Sebagai contoh, katanya, Kanun Prosedur Jenayah memberi ruang kepada pihak polis untuk memanggil, menyiasat bahkan menahan mana-mana individu yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Kerajaan Malaysia juga sewajarnya mampu mencari solusi yang selaras dengan hak asasi manusia bagi mengatasi konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat,” katanya,

0 comments:

Post a Comment