Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyeru semua pihak berkepentingan menyertai seminar berkenaan potongan cukai bulanan (PCB) sebagai cukai muktamad yang akan berlangsung di seluruh negara bermula 21 Januari sehingga 30 Mac 2014.

LHDN dalam satu kenyataan media memberitahu, seminar anjuran bersama Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) itu antara lain akan membincangkan tentang tanggungjawab majikan dan pekerja dalam pelaksanaan PCB sebagai cukai muktamad.

“Seminar ini turut panduan kepada majikan dan peserta mengenai kaedah pengiraan PCB dan memberi pendedahan kepada majikan serta peserta mengenai pelaksanaan audit percukaian. Seminar ini akan berlangsung di 15 lokasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, seminar itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Januari 2014, Pulau Pinang (18 dan 27 Februari), Kedah (20 Februari), Perak (25 Februari), Melaka (3 Mac), Johor (4 Mac), Terengganu (11 Mac), Pahang (13 Mac ) Sabah (17 Mac), Sarawak (18 dan 20 Mac), Selangor (25 Mac), Negeri Sembilan
(27 Mac) dan Kelantan (30 Mac).

Justeru, LHDN menyeru para majikan, pemilik perniagaan, pentadbir sumber manusia, pegawai kewangan yang terlibat dengan penyediaan akaun gaji pekerja, pengamal percukaian, juruaudit dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menghadiri seminar itu.

“Kami berharap seminar yang akan dianjurkan ini mampu memberikan kefahaman yang mendalam kepada semua pembayar cukai serta para peserta seminar dan seterusnya membantu LHDN melahirkan masyarakat yang celik cukai. Maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment