Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 4, 2014

No Comment

Hubungan pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee atau lebih dikenali sebagai ‘Alvivi’ sebagai kekasih boleh dikira sudah berakhir selepas Alvin mengaku Vivian bukan lagi teman wanitanya.

Ialah, alangkan hubungan intim yang sepatutnya dilakukan secara bertutup pun dikongsikan dengan orang ramai, apatah lagi perasaan sendiri bukan?

Jadi tindakan Alvin dan Vivian menunjukkan masalah hubungan mereka secara terbuka ini tidaklah pelik sebenarnya.



Alasan perpisahan mereka juga langsung tidak mengejutkan iaitu Vivian dikatakan kantoi melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di belakang Alvin.

Alvin menjelaskan kepada The Malay Mail, dia dan Vivian memang mengamalkan hubungan terbuka di mana mereka setuju bahawa masing-masing boleh melakukan seks bersama orang lain, dengan syarat di hadapan mata satu sama lain.


Bagaimanapun Vivian dikatakan ingkar peraturan itu apabila melakukan seks dengan lelaki lain di belakangnya, Ogos tahun lalu.

Sebagai balasan, Alvin melakukan perkara serupa sebulan selepas itu.

Alvin berkata meskipun mereka mungkin melakukan seks dengan orang lain; dia dan Vivian sepatutnya masih mempunyai had iaitu ekslusif secara ‘emosi’ untuk satu sama lain sahaja.

Kekecewaan Alvin terhadap tindakan Vivian turut diungkapkannya menerusi status di laman Facebook bersama mereka selain siri-siri status lain di laman Facebook peribadinya termasuk memaparkan gambar lelaki yang dikatakan curang bersama Vivian.


Pasangan ini mula dikenali sejak 2012 selepas mewujudkan blog “Sumptous Erotica’ yang memaparkan gambar dan video aksi hubungan seks mereka, seterusnya diikuti Facebook “Alvivi” dan saluran YouTube “Alvin Vivian”.

Keterbukaan mereka makin lama semakin melampau apabila tidak cukup dengan penganjuran parti seks, pasangan ini menghina agama Islam pula menerusi gambar mereka mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” di Facebook berserta gambar hidangan sup babi (bak kut teh).

Akibatnya pasangan ini didakwa di bawah Seksyen 29A Kanun Keseksaan kerana melakukan percakapan, isyarat atau sesuatu yang boleh merosakkan keharmonian, perpaduan atau mencetus kebencian terhadap agama.

Selain daripada pertuduhan tersebut, mereka turut dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Penapisan Filem 2002. – REM RAMZI

Sumber: Malaymail Online,  Facebook Alvin Tan, Facebook Alvivi

0 comments:

Post a Comment