Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014

No Comment

PEKAN – Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) yakin dapat memperoleh status kolej universiti pada hujung tahun ini walaupun kolej itu ditubuhkan tiga tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pihaknya positif hasrat itu dapat dicapai berikutan pelbagai kejayaan dihasilkan warganya serta melahirkan graduan yang pakar dalam bidang automotif.

“Walaupun ICAM baru berusia tiga tahun, kita berjaya menghasilkan graduan profesional dan berkemahiran tinggi bagi menyertai sektor automotif di dalam dan luar negara.

“Selain itu kita telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara bagi pasukan penyelidik ICAM, maka kita yakin status kolej universiti akan diperoleh Insya-Allah pada hujung tahun ini, ” katanya kepada pemberita di majlis konvokesyen pertama ICAM di sini hari ini.

Pada majlis itu, 139 graduan daripada lapan program diploma menerima diploma masing-masing yang disampaikan Mohd Khamil yang juga Pengerusi Hicom University College Sdn Bhd.

ICAM yang diterajui Hicom University Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2 April 2010.

Mohd Khamil berkata ICAM juga mensasarkan kemasukan 7,000 pelajar dari dalam dan luar negara apabila kampus baharu kolej itu yang berkeluasan 17 hektar di sini siap sepenuhnya pada 2015.

Katanya kampus baharu berkenaan dilengkapi kemudahan penginapan pelajar yang selesa, infrastruktur pengajian praktikal yang memiliki keadaan bekerja sebenar serta kemudahan moden yang sealiran dengan perkembangan industri automotif.

“Kita juga yakin sasaran 7,000 pelajar itu dapat dicapai dalam masa lima tahun akan datang berdasarkan kemudahan pembelajaran yang disediakan serta peranan yang dimainkan oleh rakan-rakan kita dalam bidang automotif seperti Proton, Isuzu dan Suzuki,” katanya.

Selain itu, kata beliau, bagi menarik lebih ramai pelajar menimba ilmu dalam bidang automotif, pihaknya akan terus menggiatkan strategi penjenamaan dan pemasaran. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment