Seorang penuntut Universiti of South Wales di Cardiff, England meninggal dunia selama lapan hari sebelum mayatnya ditemui.
Kematian Alexander Derek, 26, yang tinggal bersama lapan teman serumah hanya disedari selepas keluarganya di German berasa risau apabila dia tiba-tiba menyepikan diri selama seminggu.
Polis yang menerima laporan kemudiannya memecahkan pintu bilik Alexander sebelum menemuinya sudah mati.
Kali terakhir Alexander dilihat adalah pada 31 Oktober tahun lepas.
Disebabkan lewat ditemui, ahli patologi menemui kesukaran untuk menyiasat punca sebenar kematian.
Namun antara kebarangkalian yang disebut adalah pengambilan terlalu banyak kafein untuk berjaga malam hingga mengakibatkan arrhythmia, di mana degupan jantung akhirnya menjadi terlalu pantas hingga membawa pada kematian.
Bapa Alexander tidak menolak kemungkinan itu kerana tahu, Alexander memang sedang berusaha keras untuk menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan peringkat sarjana di universiti terbabit. - REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment