Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014


KUALA TERENGGANU – Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin berjiwa besar apabila mengarahkannya menziarahi jenazah Ketua Dewan Ulama Pas Allahyarham Datuk Harun Taib.

Katanya beliau mewakili kerajaan dan Umno untuk menziarahi jenazah Allahyarham di Markas Tarbiah Kubang Lembek dekat Manir.

“Kebetulan, saya ada dua program di Terengganu hari ini dan berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

“Umno adalah sebuah parti yang sentiasa komited untuk melihat penyatuan umat Islam tanpa mengira fahaman politik dan ukhuwah Islamiah yang dibuktikan dengan kerendahan hati Perdana Menteri apabila melibatkan hal-hal seperti ini (kematian),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar terhadap pembangunan syiar Islam di Malaysia memandangkan Allahyarham memberi banyak sumbangan termasuk saranan idea yang bernas kepada kerajaan.

“Malah, saya difahamkan Allahyarham turut mempunyai sebuah madrasah yang pastinya telah banyak melahirkan ramai ilmuan Islam dan kita menghargai sumbangan Allahyarham selama ini.

“Walaupun berbeza fahaman politik, itu bukanlah garis pemisah untuk kita umat Islam di negara ini berpecah belah, asalkan masih berpegang pada akidah dan syahadah yang sama,” kata Jamil Khir.

Harun, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 12.17 pagi akibat sindrom kegagalan pelbagai organ (MODS). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment