Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014

No Comment

HULU TERENGGANU – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari hari ini mengulangi gesaannya supaya pengguna lebih bijak dan matang mengguna internet dengan memanfaatkannya untuk tujuan positif.

Sebagai generasi baharu, katanya mereka harus menjadi pengguna internet yang bijak dan dapat membezakan perkara baik dan buruk untuk sebaran.

“Kita tidak mahu pengguna internet menyebarkan perkara tidak berfaedah… kita tahu internet ini memberi maklumat dan pengetahuan tetapi pengguna perlu lebih matang dan menggunakan internet untuk tujuan berfaedah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Besar Kuala Berang di sini. hari ini.

Menurutnya pengguna juga harus berhemah dalam menjadikan internet sebagai platform untuk perhubungan.

Terdahulu, Jailani meluangkan kira-kira dua jam meninjau harga barang yang ditawarkan 50 peniaga di pasar itu.

“Hasil lawatan hari ini, tiada isu harga barang mahal di pasar ini. Harga yang ditawarkan adalah mengikut yang ditetapkan malah ada peniaga menawarkan harga yang lebih rendah.

“Saya memuji usaha peniaga-peniaga di sini yang tidak mengambil kesempatan menaikkan harga dan ini membantu kerajaan dalam meringankan beban pengguna,” katanya.

Sementara itu, peniaga Rusdi Mohd, 47, berkata beliau tidak menaikkan harga barangan sesuka hati kerana tidak mahu kehilangan pelanggan.

“Saya sudah berniaga lebih daripada 20 tahun. Harga ikan yang saya jual adalah mengikut pasaran semasa, dan kadang-kadang saya jual murah untuk mendapat ramai pembeli.

“Walaupun untung sedikit, tapi sekurang-kurangnya saya puas hati bila jualan habis,” katanya.

Ikan tenggiri yang dijualnya berharga RM25 sekilogram, ikan selayang RM8 sekilogram bagi yang bersaiz sederhana, ikan kembung RM14 sekilogram dan ikan kerisi RM12 sekilogram. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment