ALOR GAJAH – Semua bahagian UMNO akan dinilai menerusi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) seperti yang ditetapkan mesyuarat Majlis Tertinggi parti, malam tadi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata antara yang ditetapkan adalah penambahan jumlah keahlian, pengundi, aktiviti turun padang serta menyelami masalah rakyat.
“Sebagai permulaan, UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka akan menjadi perintis kepada pelaksanaan KPI itu dan jika boleh digunapakai, kita akan kembangkan modul itu ke seluruh negara,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival UMNO Masjid Tanah di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Linggi, di sini, sebentar tadi.
Hadir sama, Ketua UMNO bahagian merangkap Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh. – Berita Harian
0 comments:
Post a Comment