Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu mengamalkan strategi lautan biru dalam melaksanakan tugas dengan lebih berkesan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Beliau berkata, pelaksanaan strategi itu mampu meyakinkan penduduk bahawa keselesaan dan keselamatan mereka sentiasa terpelihara.

“KRT perlu menjalankan hubungan yang baik dengan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jabatan Pertahanan Awam serta pengamal media.

“Apabila ada kerjasama yang erat ini, ia memudahkan kita bekerja serta dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti KRT,” katanya dalam perjumpaan awal tahun dengan anggota jawatankuasa KRT sekitar Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, Penampang dan Putatan hari ini.

Jainab turut mengingatkan peranan jawatankuasa itu dalam menyokong usaha kerajaan mencegah kegiatan memecah-belahkan perpaduan rakyat.

Oleh itu, beliau berharap anggota jawatankuasa berkenaan mengekalkan kesepaduan sosial dan keharmonian komuniti dengan menjalankan program yang relevan serta berfaedah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment