Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 21, 2014

No Comment
Ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir susulan peningkatan aras air.

JAKARTA - INDONESIA. Agensi Bencana Kebangsaan (BNPB) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta banjir dijangka berterusan sepanjang minggu ini di seluruh ibu negara Indonesia.

Jurucakap BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata, ribuan penduduk terutama di Jakarta Utara, diarah berpindah segera susulan peningkatan paras air di beberapa sungai dan empangan.

“Lebih 30,800 penduduk dipindahkan dari 140 kawasan dan 48,200 penduduk lagi diarah berbuat demikian dalam tempoh terdekat,” katanya menurut laporan Jakarta Post.

Menurutnya, pusat penempatan banjir di Jakarta Timur ketika ini terdesak memerlukan selimut dan tilam untuk keperluan 19,000 mangsa.

“Aras air di pintu air Karet dan Angke Hulu masih berada pada tahap kritikal dan pintu air di Manggarai di Jakarta Selatan berada pada tahap dua.

Sehingga semalam, banjir dilaporkan masih berlaku di Grogol (Jakarta Barat), Gunung Sahari dan Tengsin (Jakartah Tengah), Jatinegara dan Kampung Melayu, (Jakarta Timur)  dan Cawang, Kalibata dan Tebet (Jakarta Selatan).

Banjir paling teruk juga dilaporkan berlaku di Jakarta Utara sekitar Pokok Kelapa Gading.

0 comments:

Post a Comment