Pelakon terkenal dari Filipina, Jericho Rosales dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Kim Jones, gadis kacukan British-Filipina, pada pertengahan tahun ini.
Menurut Kim yang merupakan seorang model dan pengacara, dia bertuah dipertemukan dengan seorang jejaka yang melengkapi kekurangan dirinya.
Memetik Berita Harian, Kim menyatakan, “Jericho seorang yang berjiwa penyayang, lucu dan kehadirannya melengkapi kekurangan saya”.
Pasangan ini juga akan mengadakan majlis perkahwinan mereka kelak di tepi pantai seperti mana yang menjadi impian Kim sejak dari dahulu lagi.
Sebelum bercinta dengan Kim, Jericho pernah bercinta dengan dua aktres terkenal Filipina iaitu Kristine Hermosa dan Heart Evangelista.
0 comments:
Post a Comment