Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014

No Comment


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan pemeriksaan keselamatan kenderaan percuma sempena Tahun Baru Cina, minggu depan melalui projek berasaskan media sosial syarikat itu yang dikenali sebagai Perodua Tweckbot.

Menurut Perodua, empat pasukan Perodua Tweckbot akan digerakkan sepanjang 14 hari di Semenanjung Malaysia untuk membantu pelanggannya memastikan kenderaan mereka selamat untuk digunakan bagi perjalanan berjarak jauh.

Ini adalah tahun keempat projek itu diadakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, syarikat itu akan memaklumkan kepada pengguna mengenai lokasi pasukan Perodua Tweckbot melalui laman sosial Twitter, Facebook, laman web rasmi Perodua dan iklan di media massa.

“Pelanggan kami adalah keutamaan utama. Kami mahu mereka berjalan dengan hati yang tenang dan tiba di destinasi masing-masing dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Bermula hujung minggu ini, pasukan Perodua Tweckbot akan mengadakan perkhidmatan pemeriksaan percuma di beberapa pusat membeli-belah terpilih di Cheras, Kepong, Ipoh, Skudai, Sungai Petani, Seberang Perai dan Taiping.

Pemeriksaan termasuk pemeriksaan enjin, sistem penyejuk, sistem brek, stereng berkuasa, sistem clutch, tayar, suspensi dan sistem elektrik termasuk bateri, lampu dan pengelap cermin.

Selepas pemeriksaan tersebut, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat perkhidmatan berdaftar Perodua akan turut diberikan diskaun 20 peratus untuk alat ganti dan aksesori. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment