Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 26, 2014

No Comment

TANAH MERAH – Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk luar bandar kerana barangannya berkualiti dan dijual dengan harga rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata KR1M berkonsepkan kedai serbaneka dan menjual 397 jenis produk keperluan asas pada harga sehingga 50 peratus lebih murah daripada yang dijual di premis lain.

“KR1M di Tok Bali, Pasir Puteh merupakan KR1M yang merekodkan jualan tertinggi di seluruh negara iaitu antara RM350,000 dan RM400,000 sebulan. Ini jelas menunjukkan KR1M mendapat sambutan menggalakan daripada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M Tanah Merah di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata sejak diperkenalkan pada April 2011, sebanyak 125 KR1M sudah ditubuhkan di 110 kawasan Parlimen, dan sebanyak 60 KR1M lagi akan dibuka di seluruh negara tahun ini.

“Di Kelantan sudah ada empat KR1M iaitu di Kota Baharu, Tok Bali di Pasir Puteh, Ayer Lanas di Jeli dan Tanah Merah. Dua lagi akan dibuka iaitu di Machang dan Gua Musang dalam tempoh terdekat ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment