Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta menjelaskan sebab dan alasan di sebalik pengguguran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau juga dituntut memberi penjelasan berkenaan keputusan kerajaan negeri Selangor bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam soal membangunkan loji rawatan air yang baru iaitu Langat 2.

Media hari ini melaporkan Setiausaha PKR Amirudin Shari berkata tuntutan memberi penjelasan dari Khalid dibuat pada mesyuarat tergempar parti malam tadi.

“Kerajaan negeri sepatutnya memaklumkan kepimpinan parti jika mahu menyingkirkan sesiapa sahaja yang sebelum ini namanya dicadangkan oleh parti,” kata Amirudin.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, dalam satu mesyuarat agung luar biasa tahun lepas, perlembagaan parti telah dipinda yang memerlukan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk merujuk kepada parti berkenaan perubahan yang bakal di lakukan melibatkan jawatan dalam syarikat milik kerajaan negeri.

Pada 10 Januari lepas, Azmin disingkirkan dari PKNS sekaligus mengiyakan spekulasi bahawa ia adalah satu permulaan ‘konflik’ antara dua pemimpin itu.

Selain isu PKNS, Amirudin dilaporkan berkata PKR memandang serius langkah kerajaan Selangor membuat keputusan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk menangani krisis bekalan air yang bakal berlaku.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Ser Dr Maximus Ongkili pada Khamis lepas mengumumkan Putrajaya sedang melihat beberapa butiran pengambilalihan bersama empat syarikat konsesi air di Selangor dan ia bakal dimuktamadkan minggu ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri Selangor sudah pun menyuarakan sokongan kepada idea kerajaan persekutuan untuk membina loji rawatan air yang baru iaitu Langat 2.

0 comments:

Post a Comment