BANGKOK – Penunjuk perasaan parti pembangkang Thailand melancarkan perhimpunan “Tutup Bangkok” hari ini, dengan memenuhi persimpangan utama di ibu negara dalam kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Peserta perhimpunan mendesak Yingluck meletak jawatan untuk memberi laluan kepada kerajaan yang dilantik, yang akan mengetuai reformasi pilihan raya bagi membendung dominasi politik oleh keluarga Perdana Menteri itu dan menangani budaya politik wang yang semakin berleluasa.
Ribuan penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil memakai baju-T dengan slogan “Tutup Bangkok”, dan berkumpul di lokasi utama sekitar bandar raya, termasuk di luar pusat membeli belah yang dibakar ketika pergolakan politik pada 2010.
“Kami akan berjuang tanpa mengira kalah atau menang. Kita tidak boleh berkompromi atau menerima lagio rundingan,” kata ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban kepada orang ramai di perhimpunan berkenaan. – AFP
0 comments:
Post a Comment