NUSAJAYA – Kerajaan akan terus berusaha menyediakan pendidikan terbaik dan maklumat tepat kepada golongan belia di negara ini bagi membantu mereka membuat keputusan berhubung pelbagai perkara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, era di mana kerajaan sentiasa bijaksana dan mengetahui tentang segala-galanya telah berakhir.
“Pendekatan kerajaan perlu diubah, kerajaan perlu menyediakan maklumat tepat dan pendidikan terbaik kepada Generasi-Y (generasi belia) supaya mereka boleh membuat keputusan dengan berpengetahuan.
“Inilah pendekatan yang betul. Mereka (Generasi-Y) perlu diberikan maklumat dan pengetahuan supaya mereka boleh membuat keputusan yang betul,” katanya ketika merasmikan perhimpunan Gen-Y Fest 14, di Kompleks Sukan Educity, Nusajaya, hari ini
Turut hadir pada majlis itu adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment