Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

LAMAN Hecklerspray baru-baru ini menyifatkan ibu merangkap pengurus keluarga Kardashian, Kris Jenner sebagai ibu yang paling teruk.

Apa tidaknya, seawal usia Khloe Kardashian sembilan tahun lagi, dia sudah merendah-rendahkan paras rupa anaknya, Khloe Kardashian.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh bintang realiti itu dalam satu temubual bersama Cosmopolitan UK.

“Kata-kata ialah senjata paling berkuasa, ia boleh meninggalkan ‘parut’ buat selama-lamanya. Dia tidak bermaksud untuk berbuat begitu, tetapi sewaktu saya berusia sembilan tahun, dia memberitahu rakannya yang saya perlukan pembedahan (kosmetik) hidung. Saya terkejut dan tak pernah memikirkannya.”

Laman itu menyelar tindakan Kris dan menganggap seorang ibu tidak seharusnya memandang serong dengan penampilan anaknya sendiri.

Memang patutlah Khloe paling kuat memberontak dalam keluarga itu…

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment