Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

MANCHESTER City merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Newcastle 2-0 di tempat lawan, malam tadi menerusi jaringan Edin Dzeko pada minit ke-8 dan Alvaro Negredo minit ke-90.

City berjaya memintas Chelsea yang terdahulu seketika menghuni puncak liga itu selepas turut menang 2-0 ke atas Hull menerusi jaringan Eden Hazard dan Fernando Torres, kelmarin.

Selepas 21 perlawanan, City mengumpul 47 mata manakala Chelsea 46 mata.

Namun kedua-dua pasukan itu bakal dipintas semula pendahulu sebelum ini, Arsenal jika skuad kendalian Arsene Wenger itu berjaya menewaskan Aston Villa pada aksi tunggal di gelanggang lawan, jam 4 pagi esok.

Arsenal yang baru beraksi 20 perlawanan kini mengumpul 45 mata untuk berada di tangga ketiga.

Sementara itu, Liverpool naik ke tangga keempat berbekal 42 mata selepas berjaya menewaskan Stoke 5-3 di tempat lawan, malam tadi.

Lima gol Liverpool itu menerusi jaringan sendiri Ryan Shawcross pada minit ke-5, Luis Suarez (32 dan 71), penalti Steven Gerrard (51) dan Daniel Sturridge (87).

Manakala tiga gol Stoke disumbang Peter Crouch (39), Charlie Adam (45) dan Jonathan Walters (85).

Everton di tangga kelima dengan 41 mata, Tottenham keenam 40 mata dan juara bertahan, Manchester United ketujuh 37 mata.

0 comments:

Post a Comment