KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu 2014 anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.
Kira-kira 5,000 pengunjung pelbagai kaum menghadiri majlis yang hampir setiap tahun dianjurkan parti itu.
Pada majlis itu, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah tempatan dan dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian.
Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan hamper dan wang kepada kira-kira 20 buah rumah kebajikan warga emas, orang kelainan upaya dan anak yatim di sekitar Lembah Klang, di majlis itu.
Para tetamu kehormat turut memotong kek sambutan tahun baharu itu. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment