Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

Kebiasaanya apabila pasangan kekasih dilamun cinta, pastinya kita akan sentiasa mengambil berat dan sering berkongsi cerita apa yang dilakukan pada setiap hari.

Namun, hal ini berbeza buat pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha yang mengakui kekasihnya jarang mengambil tahu mengenai aktiviti sehariannya.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna hubungan mereka dingin sebaliknya Saleha mengatakan kekasihnya itu seorang yang sangat memahami karier lakonannya yang diceburinya itu.

“Kalau saya balik lewat sekalipun dia jarang hendak bertanya mengapa kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan saya sendiri senang dengan sikapnya itu,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Saleha juga mengakui masil terlalu awal untuknya membicarakan soal perkahwinan kerana hubungan yang terjalin diantaranya dengan jejaka Eropah itu baharu sahaja memasuki usia empat bulan.

Dalam perkembangan lain, aktres itu bakal muncul dengan drama di TV Al-Hijrah, Aku Ada Wali yang turut dibintanginya bersama-sama Zahiril Adzim dan Zoey Rahman.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment