Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 27, 2014

27
Jan2014
No Comment

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Operasi Bersepadu 6P Fasa 2 (Op6P) tidak terhad hanya kepada pekerja sektor pembinaan atau perkilangan saja, tetapi merangkumi semua termasuk pekerja sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendatang asing yang bekerja sebagai pekerja sosial seperti Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO), tukang urut atau pekerja di spa tidak akan terlepas jika mereka didapati melakukan kesalahan.

“Kita tidak mahu KDN dilabelkan sebagai ‘tin kosong’. Jadi disebabkan itu KDN serius dalam membanteras mereka yang melakukan kesalahan supaya undang-undang negara ini terus dihormati,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini. - BH Online

0 comments:

Post a Comment