Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd. Nor Hamzah melahirkan rasa kesal kerana ramai golongan mahasiswa didakwa terjebak dengan gejala sosial seperti zina dan dadah.

Beliau mendakwa, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana mahasiswa merupakan golongan terpelajar dan mereka tidak sepatutnya memenuhkan laporan media dengan kes-kes memalukan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyalahkan sistem pendidikan Malaysia kerana didakwa gagal membentuk mahasiswa menjadi modal insan yang baik untuk negara.

“Tidak sedikit siswa-siswi dan graduan muncul wajah mereka di dada-dada akhbar atas kes-kes yang memualkan seperti zina, buang anak, dadah, rempit yang terkadang sebati dengan mereka walaupun terpelajar.

“Sayang, ilmu dunia memandu mereka ke arah yang dimurkai Allah. Mereka mungkin berjaya dalam hal keduniaan, tetapi meminggirkan aspek keagamaan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau dalam pada itu mendakwa, Unit Amal PAS terpaksa menggantikan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh jentera kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Terengganu baru-baru ini.

Dakwanya, mangsa banjir di Terengganu berasa kecewa dengan bantuan daripada jentera kerajaan sewaktu bencana itu melanda dan lebih mempercayai Unit Amal PAS dalam mendapatkan bantuan terbabit.

“Unit Amal PAS lebih dipercayai atau dalam bahasa Terengganu ‘Mudah Kira” dalam menyalurkan bantuan sehinggakan pasukan keselamatan datang memohon bantuan dari Unit Amal PAS,” dakwanya.

0 comments:

Post a Comment