KEMAMAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengalu-alukan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakmengurangkan perbelanjaan sektor awam dengan menggariskan 11 langkah termasuk mengurangkan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri berkuat kuasa Rabu.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bagi merealisasikan usahaitu, kementeriannya akan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi tujuan melaksana dan menyampaikan dasar kerajaan kepada sasaran dengan lebih cepat dan tepat.
“Melalui penggunaan teknologi ICT, kerajaan tidak lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi menyediakan kain rentang atau papan iklan untuk acara-acara rasmi bagi menjimatkan kos.
“Teknologi ICT juga membolehkan setiap maklumat yang dihantar kepadakumpulan sasaran menjadi lebih mudah, cepat dan tepat,” katanya.
Ahmad Shabery berkata kementerian itu bersama Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu), Jabatan Perdana Menteri akan mencadang dan menyelaras penggunaan teknologi ICT secara lebih meluas kepadakementerian-kementerian lain.
Katanya penggunaan mel elektronik (e-mel), sidang video, Skype, Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya dilihat sebagai langkah penjimatan terbaik.
Beliau turut menyokong langkah kerajaan mengurangkan elaun keraian sebanyaklima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama SektorAwam C (Jusa C) ke atas yang dilihat sebagai usaha membantu meningkatkan ekonominegara.-BERNAMA
0 comments:
Post a Comment