KINSHASA – Sekurang-kurangnya lima terbunuh disambar petir yang menyebabkan letupan besar di gudang simpanan senjata di sebuah bandar dekat Republik Demokratik Congo, kata pegawai tempatan.
Jurucakap kerajaan, Lambert Mende, berkata bencana yang menyebabkan kemusnahan besar termasuk kerosakan beberapa kediaman di kawasan sekitar itu berlaku di tengah bandar Mbuji-Mayi.
Gabenor Wilayah Alphonse, Ngoy Kasanji, berkata angka korban mungkin meningkat selepas kerja-kerja menyelamat dan mencari selesai. – AFP
0 comments:
Post a Comment