Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014


Kotak makan tengah hari atau ‘bento’ sememangnya popular di Jepun. Ia biasanya berisi campuran aneka makanan yang menjadi hidangan lengkap dan mengenyangkan.

Baru-baru ini, rangkaian pasar raya di sana iaitu Family Mart mengumumkan jualan bento istimewa berisi daging hamburger premium Wagyu dengan Foie Gras bermula hari ini (25 Januari) di kesemua rangkaian pasar raya mereka.

Bagaimanapun semalam, jualan itu disahkan ditarik balik susulan aduan pelanggan yang menganggap Foie Gras adalah makanan ‘kejam’.

Foie Gras adalah makanan yang dihasilkan daripada hati itik atau angsa yang dipaksa makan hingga gemuk sebelum dibunuh untuk diambil hatinya.


Keputusan ini disambut dengan perasaan tidak puas hati banyak pihak yang menganggap Foie Gras tidak berbeza dengan makanan lain yang juga boleh dianggap ‘kejam’ kerana melibatkan pembunuhan binatang.

Sebenarnya, ini bulan kali pertama berlaku kontroversi di Family Mart melibatkan makanan yang dijual di premis berkenaan.

Pada penghujung 2012, ramai pelanggan mengadu terdapat bau busuk yang kuat di pasar raya berkenaan seperti bau tahi. Rupa-rupanya ia datang daripada produk terbaharu mereka, nuget keju yang diperbuat daripada ayam dan keju cheddar.


Begitu pun, jualan nuget keju ini tidak ditarik balik sebaliknya pintu pasar raya dibuka untuk memudahkan pengudaraan.

Nuget keju ini juga mendapat sambutan menggalakkan kerana ia dikatakan sangat sedap walaupun menghasilkan bau busuk ketika digoreng. - REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment