Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 4, 2014

No Comment

SWEDEN – Patrik Moberg, 23, terpaksa menanggung kesakitan akibat kecederaan di mukanya selama dua minggu, sebelum mengetahui bahawa serpihan kaca masih melekat di pipinya dan perkara itu tidak disedari oleh lima orang doktor.

Dia sebelum itu terlibat dalam satu pergaduhan di atas sebuah bot ketika meraikan hari jadi rakannya.

Seorang lelaki kemudiannya telah menolaknya dan selepas ditegur, lelaki itu mengamuk lalu memukul botol kaca ke pipinya.

Moberg telah menerima jahitan di dalam kapal tersebut oleh doktor di atas kapal terbabit namun malangnya jahitan itu terus berdarah.

Susulan itu dia telah mengunjungi empat orang doktor yang lain, dan semuanya tidak melakukan imbasan x-ray malah diminta membiarkan luka berkenaan sembuh dengan sendirinya.

“Saya mula tertanya-tanya jika mereka terlupa dan serpihan itu masih melekat di pipi saya kerana pipi saya menjadi keras?,” katanya.

Hanya selepas dua minggu, dia kembali semula ke klinik kesihatan untuk membuka jahitan tersebut, barulah doktor terkejut apabila mendapati serpihan kaca itu masih melekat di pipinya.

0 comments:

Post a Comment