Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa perhimpunan haram yang cuma dihadiri kira-kira 4,000 peserta di Dataran Merdeka malam tadi sekadar satu permulaan dalam membantah kenaikan kos sara hidup.

Ketua DPPM, Suhaizan Kaiat turut mengancam akan mengadakan perhimpunan yang lebih besar sekiranya kerajaan gagal mengekang kenaikan kos hidup bermula tahun ini.

“Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada ribuan anak muda yang hadir dengan berpakaian hitam di Dataran Merdeka malam tadi. Kehadiran mereka suatu amarah dan amaran bahawa rakyat tidak boleh berdiam diri dengan kesempitan hidup.

“Saya juga ingin menyatakan himpunan malam tadi adalah permulaan dan jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar akan digerakkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan dalam pada itu menyindir pihak berkuasa yang lantang mendakwa perhimpunan haram semalam bertujuan menggulingkan kerajaan.

Justeru, beliau mendakwa, perhimpunan malam tadi membuktikan semua tohmahan itu sekadar ketakutan terhadap bayang-bayang sendiri pihak berkuasa.

“Kita tertanya kerajaan mana yang telah terguling dan bom mana yang meletup,” katanya.

0 comments:

Post a Comment