Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang satu-satunya kerajaan negeri yang tidak meningkatkan sebarang caj perkhidmatan tempatan termasuk cukai tanah, caj penaksiran dan yuran lesen perniagaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, situasi itu disebabkan usaha membasmi rasuah dan pelaksanaan tadbir urus yang baik oleh kerajaan negeri tersebut.

Justeru, beliau mendakwa, kenaikan harga beberapa barangan dan perkhidmatan sepatutnya boleh dielakkan, ditangguhkan atau dikurangkan jika kerajaan Persekutuan memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah.

“Tidak seperti kerajaan Persekutuan, kerajaan Pulau Pinang tidak menaikkan sebarang harga dan masih boleh menangguhkannya sehingga tarikh terkemudian,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng dalam pada itu mendakwa DAP bersedia memberi sokongan kepada permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya agensi itu diberi lebih kuasa.

Beliau bagaimanapun beranggapan SPRM tidak akan berani melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada agensi tersebut meskipun mempunyai lebih kuasa seperti dikehendaki.

Dakwanya, kegagalan SPRM melaksanakan kuasa tersebut sebenarnya satu pelanggaran tanggungjawab oleh agensi itu dalam memerangi rasuah.

0 comments:

Post a Comment