Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

TENOM – Sepasang suami isteri maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka merempuh belakang lori yang berhenti kerana jalan sedang dibaiki di kilometer 6 Jalan Tenom-Keningau, di sini, kira-kira 7.30 malam tadi.

Pemandu lori Ramli Ansibok, 35, dan isterinya Mastura Lambatus, 25, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori terbabit memperlahankan sebelum memberhentikan kenderaan kerana jalan dibuka sehala di sebelah laluan Keningau ke Tenom.

“Tiba-tiba pemandu lori terdengar satu bunyi hentakan kuat di belakang lori.

“Pemandu lori kemudian turun dan melihat ada kereta Perodua Kancil tersepit dan di dalamnya ada seorang pemandu dan penumpang dalam keadaan cedera parah,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pemandu dan penumpang hadapan dipercayai sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, mayat pasangan suami isteri itu kemudian di hantar ke Hospital Tenom untuk bedah siasat. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment