Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Bhd, hari ini mengumumkan agihan pendapatan RM4.28 juta untuk BSN Dana Al-Jadid bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

BSN juga mengumumkan RM4.59 juta agihan pendapatan untuk BSN Dana Dividen Al-Ifrah bagi tahun kewangan yang sama.

Agihan kasar yang diumumkan untuk Dana Al-Jadid ialah sebanyak dua sen seunit manakala bagi Dana Al-Ifrah sebanyak 2.3 sen seunit, kata BSN dalam satu kenyataan.

Pelabur yang memegang unit itu sehingga 31 Disember 2013 berhak menerima agihan ini dalam bentuk unit pelaburan semula.

“Berdasarkan harga pembukaan bagi tahun kewangan 2013, agihan pendapatan Al-Jadid adalah bersamaan dengan pulangan 8.16 peratus dan 9.20 peratus bagi Dana Al-Ifrah.

“Semula pelaburan semula unit akan dibuat pada 16 Januari,” kata BSN. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment