Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment

Islamabad – Bekas pemerintah diktator Pakistan Pervez Musharraf gagal hadir di hadapan sebuah mahkamah khas semalam untuk berdepan perbicaraan dalam satu kes pengkhianatan, dengan pasukan pembelaannya menuntut pengecualian kehadiran dan penangguhan perbicaraan selama lima minggu.

Musharraf, 70, sepatutnya hadir di mahkamah untuk berdepan tuduhan pengkhianat kerana menggantung, menjatuhkan dan memansuhkan Perlembagaan, melaksanakan perintah darurat di negara itu pada November 2007 dan menahan hakim mahkamah tinggi.

Peguam Musharraf semalam menghantar satu permohonan mengecualikannya daripada hadir di mahkamah dan menangguhkan kes dalam tempoh lima minggu.

Permohonan itu menyatakan bahawaMusharraf mengarahkan perintah darurat 3 November 2007 menggunakan kapasitinya sebagai ketua tentera negara dan beliau hanya boleh dibicarakan sebuah mahkamah tentera.

Penjara seumur hidup

Jika disabitkan, bekas presiden itu mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup atau mati.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Pakistan bahawa seorang bekas pemerintah tentera berdepan perbicaraan atas tuduhan pengkhianatan.
Sementara itu, laporan berkata, satu kilogram bahan letupan ditemui dari laluan Musharraf pagi semalam yang kemudian dimatikan skuad pemusnah bom.

Terdahulu, lima bungkusan bahan letupan ditemui berhampiran rumah ladang Chak Shahzad milik Musharraf di sini 30 Disember lalu.

Pada 24 Disember lalu, lima kilogram bom turut ditemui dalam laluan Musharraf ke mahkamah khas yang mana mahkamah kemudian menangguhkan perbicaraan itu ke semalam. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment