Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment

Manila – Permulaan tahun baharu 2014 turut dicemari dengan pertumpahan darah ketika ramai mengambil bahagian dalam kemeriahan pelbagai acara khususnya pertunjukan mercun dan bunga api.

Di ibu negara Filipina, dua orang terbunuh dan 600 cedera akibat terkena mercun dan tembakan sempena menyambut kedatangan tahun baharu.
Jurucakap Jabatan Kesihatan, Dr Eric Tayag, berkata 50 hospital di seluruh negara melaporkan seramai 599 cedera dari 21 Disember hingga semalam, peningkatan 43 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

Di Zamboanga, enam orang maut dan enam lagi cedera kerana serangan bom dekat sebuah gereja Katolik di bandar Sumisip, Basilan dengan pemisah Abu Sayyaf disyaki bertanggungjawab.

Mati ditikam

Di Perth, seorang lelaki berusia 21 tahun mati ditikam ketika pergaduhan beramai-ramai meletus di sebuah pantai ketika satu parti berlangsung di Pulau Wedge.
Seramai 300 orang berkumpul di situ untuk berpesta dan dipercayai hampir 90 orang terbabit dalam pergaduhan yang bersenjatakan parang dan pisau.

Di Sydney, seorang remaja cedera parah dan mungkin mengalami kerosakan otak selepas diserang tanpa provokasi seorang lelaki mabuk.

Polis berkata, penyerang minum sembilan gelas arak sebelum kejadian berlaku di satu parti menyambut kedatangan tahun baharu.

Di Tangerang, polis Indonesia menembak mati enam suspek pengganas dan menahan seorang lagi dalam satu serbuan sempena Tahun Baru.

Operasi keselamatan itu menyaksikan tembak-menembak berlaku selama beberapa jam.

Di Baghdad, keganasan terus berlarutan dengan 23 kematian dalam serangan sebelum dan selepas masuk tahun baharu.

Ia berlaku ketika Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengarahkan askar keluar dari wilayah Anbar bagi menamatkan protes penduduk Sunnah selepas ada ahli Parlimen mengancam keluar daripada kerajaan.

Di Kaherah, penyokong Ikhwanul Muslimin bertempur dengan polis di luar sebuah gereja ketika penduduk berkumpul untuk menyambut tahun baharu.

Mereka sedang berarak apabila pertempuran meletus dengan polis yang mengawal di luar gereja itu.

Di Riga, suasana lebih meriah selepas Perdana Menteri Latvia, Valdis Dombrovskis, mengumumkan kemasukan negaranya dalam sistem ekonomi Eropah (Eurozone) dengan mengeluarkan wang kertas 10 euro (RM45).

Berikutan itu, Latvia menjadi negara ke-18 menyertai sistem mata wang euro.

Di Rio de Janeiro, kemeriahan lebih terasa dengan 2.3 juta orang berada di pantai Copacabana untuk menyaksikan pertunjukan bunga api seberat 24 tan.

Di London, sorakan kuat menyambut kedatangan 2014 ketika orang ramai berada di sekitar Sungai Thames untuk menyaksikan pertunjukan mercun dekat London Eye.

Di Dubai, pihak berkuasa merancang memecah Guinness World Record dengan membakar lebih 400,000 bunga api.

Pertunjukan itu berlangsung enam minit meliputi 100 kilometer dekat pantainya dan tertumpu di Burj Khalifa, menara tertinggi dunia. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment