Peserta perhimpunan semalam melepasi halangan polis dan merempuh masuk ke padang Dataran Merdeka menyebabkan penonton-penonton yang sedang menyaksikan konsert Ambang Tahun Baharu panik.
Mereka sebelum itu melepasi tiga halangan polis kira-kira jam 11 malam dan kemudiannya berkumpul di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dipercayai menunggu masa untuk menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.
Polis sudah membina benteng baru di sekeliling padang Dataran Merdeka menghadap bangunan bersejarah itu bagi mengelak kumpulan terbabit meluru masuk.
Bagaimanapun, kira-kira jam 11.30 malam, sebahagian kumpulan itu meluru ke arah padang dan bersatu dengan penonton-penonton konsert.
Wartawan bnbbc di lokasi melaporkan ada objek dibaling ke arah pentas.
Polis segera mengarahkan konsert ditamatkan dan meminta orang ramai terutama penonton konsert beredar.
Sebilangan besar penonton yang datang bersama keluarga kelihatan meninggalkan padang manakala peserta perhimpunan haram yang sudah masuk ke padang itu menjerit-jerit seolah-olah berjaya ‘menawan’ Dataran Merdeka.
Difahamkan, kumpulan terbabit merancang masuk beramai-ramai ke padang berkenaan jam 12 tengah malam.-bnbbc.my
0 comments:
Post a Comment