Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 24, 2014

No Comment

TEMERLOH – Polis Pahang akan mempertingkat kawalan di 30 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan sering berlaku kemalangan di negeri ini bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata daripada jumlah itu, tujuh lokasi dikenal pasti di Lebuhraya Pantai Timur manakala bakinya membabitkan jalan persekutuan dan negeri di daerah Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Pekan, Bentong, Lipis, Raub dan Bera.

“Kami akan memberi tumpuan kepada kesalahan had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Op Selamat 4 Tahun 2014′ peringkat negeri Pahang di Kawasan Rawat dan Rehat Temerloh hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang Zakaria Man dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad.

Sharifuddin berkata bagi memastikan keberkesanan Op Selamat, yang bermula hari ini dan berakhir 7 Feb, polis akan bekerjasama dengan pihak JPJ, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment