BESUT – Persatuan Tinju Malaysia (PTM) akan mengaktifkan semula Kejohanan Tinju Piala Agong setelah hampir 15 tahun tidak diadakan atas sebab tertentu dan memilih Kedah sebagai tuan rumah pembuka tirai aktiviti tahun 2014.
Pengerusi pertandingan PTM Abdullah Siok berkata pihaknya akan menjemput peserta negara luar terutamanya dari benua Asia untuk mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang akan diadakan awal Mac ini.
Beliau memberitahu Bernama hari ini atlet tinju negara dilihat sudah lama tidak bersaing di peringkat antarabangsa menyebabkan prestasi mereka tidak meningkat dan berkembang.
Lapan kategori akan dipertandingkan pada kejohanan itu iaitu 49kg, 52kg, 56kg, 60kg, 64kg, 69kg, 75kg dan 81kg.
Abdullah yang juga naib presiden PTM berkata setiap negara dibenarkan menghantar enam atlet dan menentukan sendiri kategori yang akan disertai.
Katanya PTM menyandarkan harapan kepada atlet yang mewakili negara pada Sukan SEA Myammar baru-baru ini untuk menggalas cabaran ke kejohanan itu. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment