Seorang remaja di Birkinhead, England berwajah ‘baby face’ tapi mempunyai masalah sikap hingga membuatkan dirinya dihalang daripada datang ke bandar melainkan ditemani oleh ibunya.
Hukuman tidak boleh memasuki kawasan tertentu di bandar dijatuhkan mahkamah tempatan terhadap Kieran Stott, 16, selepas dia dikesan terlibat dengan lebih 36 insiden buruk termasuk memusnahkan harta benda awam, mengganggu dan membaling barang ke arah orang ramai yang lalu lalang.
Stott juga dikenalpasti mengetuai kawan-kawannya mengganggu ketenteraman awam menggunakan mercun dan ramai pekedai di kawasan terbabit melaporkan, dia dilihat amat gembira setiap kali berjaya mencetuskan kekacauan.
Hal ini membuatkan mahkamah mengeluarkan arahan supaya Stott dihalang daripada berada di sesetengah kawasan di bandar atau bertemu rakan-rakan di tempat awam melainkan jika dia bersama ibunya. - REM RAMZI
Sumber: METRO UK
0 comments:
Post a Comment