Polis hari ini telah memperolehi kebenaran mahkamah untuk menyambung tempoh tahanan reman ke atas dua remaja yang ditahan kerana disyaki membunuh tiga adik-beradik November lepas.
Kedua-dua suspek yang berusia 19 tahun tiba secara berasingan di Kompleks Mahkamah Alor Setar pada pukul 10.30 pagi untuk prosiding penyambungan tahanan reman sehingga 28 Januari depan, memetik laporan The Star Online.
Mangsa Norsyafika Nadia Rusdi, 14, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, tiga tahun ketiga-tiganya ditemui mati selepas hilang dari rumah mereka di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar pada 29 November lepas
Jenazah Norsyafika ditemui pada 30 November manakala mayat dua adiknya ditemui pada keesokannya.
0 comments:
Post a Comment