Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan tempoh dua tahun untuk merobohkan baki lima daripada sembilan blok Flat Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata ia bagi menyegerakan projek pembangunan semula di kawasan itu yang meliputi pembangunan campuran termasuk blok kediaman dan perniagaan.

“Proses perobohan flat tersebut secara berperingkat akan menggunakan kren dan jentera dari bahagian atas kerana strukturnya lebih sesuai begitu berbanding menggunakan kaedah letupan dan ia hanya akan memberikan kesan minimal,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Fasa kedua perobohan flat itu dijadualkan bermula hari ini selepas perobohan fasa pertama pada 2005.

Flat yang mula diduduki pada 1969 dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) itu merupakan rumah pangsa kedua selepas Perumahan Awam Razak Mansion di Sungai Besi bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.

Ahmad Phesal berkata bengkel DBKL yang menempatkan trak dan lori yang sebahagiannya memasuki kawasan pembangunan juga perlu berpindah ke tapak baharu di Cheras Julai ini.

Menjawab sama ada rumah mampu milik akan turut dibina dalam projek pembangunan itu, Ahmad Phesal berkata setakat ini masih belum ada sebarang keputusan mengenainya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment