Di sebalik kemelut kes khalwat yang melandanya, Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle, 26, telah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Redzwani Puteri pada tahun ini.
Memetik kenyataan di Media Hiburan, Shahz berkata, “InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan doakan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini”.
Shahz Jaszle dan tunangnya, Redzwani Puteri
Berita tangkapan khalwat Shahz dengan seorang gadis berusia 22 tahun, Farah Nurizzati Salleh pada Mei tahun lalu menggemparkan industri hiburan negara kerana dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Redzwani pada November 2012.
Akibatnya, hubungan pertunangan mereka telah diputuskan, walau bagaimanapun hubungan mereka kembali bertaut pada sambutan Aidilfitri, tahun lalu.
Prosiding perbicaraan mahkamah berhubung kes tersebut akan diadakan pada 8 April ini.
Shahz mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut manakala Farah mengaku bersalah dan diarah membayar denda sebanyak RM3,000.
0 comments:
Post a Comment