Bagi yang geli dan fobia dengan ular, penulis sarankan jangan menonton video ini.
Kang, tak pasal-pasal melompat pulak kalau anda terlihat!
Namun, apa yang ingin penulis kongsikan di sini di mana sepasukan anggota bomba telah dipanggil ke sebuah pusat servis kereta baru-baru ini kerana terdapatnya kehadiran satu makhluk yang tidak diundang dalam premis tersebut.
Mungkin ketika mekanik mahu melakukan servis terhadap kenderaan tersebut, baru dia perasan ada ular sawa yang terselit dalam celah-celah kereta itu.
Pihak bomba juga dilihat mengambil sedikit masa kerana ‘kedegilan’ bintang reptilia itu untuk mengeluarkan badannya dari tempat persembunyian.
Apa-apa pun, thumbs up lah kat abang-abang bomba sentiasa berani dan gigih menjalankan tugas-tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.
0 comments:
Post a Comment