Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan cedera dipukul sekumpulan lelaki ketika beliau cuba meleraikan satu pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Bukit Tambun dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata dalam  kejadian pukul 1.30 pagi itu Sarjan Goh Boon Hong, 33, cedera akibat dipukul dengan topi kaledar, kayu, cota dan botol.

“Kumpulan lelaki itu yang dipercayai dalam keadaan mabuk dikatakan bergaduh  dengan seorang lelaki di hadapan pusat hiburan berkenaan sebelum kejadian itu dimaklumkan oleh orang awam kepada polis.

“Empat anggota polis termasuk Sarjan berkenaan tiba di tempat kejadian dan sebaik mangsa yang memakai pakaian preman itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan, beliau terus dipukul,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu berjaya dileraikan selepas tiga lagi anggota  polis berkenaan meminta bantuan anggota yang lain.

“Ekoran kejadian itu, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang  Perai Selatan sebagai Pegawai Penyiasat dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.

“Beliau menerima beberapa jahitan dan masih dirawat di hospital serta dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Mazlan berkata susulan kejadian berkenaan, polis berjaya menahan empat remaja berusia 18 hingga 19 tahun bagi membantu siasatan dan usaha memburu mereka yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.

Katanya polis juga merampas pelbagai barangan yang digunakan dalam kejadian itu antaranya topi kaledar, kayu, cota dan rotan.

Beliau berkata empat lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment