Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014

No Comment

BAGAN DATOH – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan pembinaan 3,000 unit rumah mampu milik menerusi Program Rumah Idaman Rakyat (RIR) di seluruh negara tahun ini.

Presiden SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata pihaknya telah mengenal pasti 14 kawasan untuk projek itu dan setakat ini, kerajaan-kerajaan negeri telah meluluskan satu kawasan di Bagan Datoh, Perak, dua tapak di Cameron Highlands, Pahang dan satu tapak di Sembeling, Kedah.

“Semua 14 lokasi itu terletak di kawasan luar bandar dan kita masih mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan bagi tapak lain,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra rakyat bersama SPNB di sini, hari ini.

Beliau berkata Bagan Datoh merupakan lokasi pertama bagi projek itu dengan sasaran 200 unit rumah berharga dari RM80,000 hingga RM150,000 seunit tahun ini.

“Kita akan tawarkan rumah teres setingkat yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya.

Beliau berkata projek itu akan dilaksanakan mengikut fasa dan peruntukan awal menelan kos RM3 juta bagi pembinaan infrastruktur.

“Projek ini merupakan inisiatif kerajaan menerusi Bajet 2014 dengan harga seunit rumah RM250,000 ke bawah,”katanya.

Kamarul berkata RIR dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan individu dari RM7,500 ke bawah atau pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM10,000.

Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama dan sasaran adalah golongan rakyat berpendapatan sederhana serta pertengahan yang tidak layak memiliki rumah kos rendah dan tidak mampu memiliki kediaman mewah khususnya di kawasan bandar.

“Orang kurang upaya dan ibu tunggal berpendapatan rendah juga diberi keutamaan untuk membeli unit RIR,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment