Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, January 13, 2014

No Comment

KUCHING – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud memuji semangat masyarakat Melanau yang walaupun merupakan golongan minoriti tetapi turut membawa perubahan kepada ekonomi Sarawak.

Beliau berkata masyarakat Melanau bersama-sama kaum lain membantu meningkatkan ekonomi negeri sehingga pendapatan perkapitanya meningkat 10 kali ganda berbanding 30 tahun lepas.

“Masyarakat Melanau mempunyai sifat fleksibel. Saya melihat dua kekuatan dalam diri setiap masyarakat Melanau, iaitu yang pertama mahu bekerja kuat memberi sumbangan kepada kemajuan negeri dan yang kedua, tidak kekok untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis makan malam ‘Sumbangan YAB Pehin Sri Mewarnai Inspirasi Kami’ anjuran Persatuan Melanau Kuching (PMK) di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak, Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad dan Presiden PMK Datuk Aidan Wong.

Abdul Taib turut memuji sikap masyarakat Melanau yang tidak takut untuk  bersaing dengan kaum lain dan mampu bekerjasama baik dengan yang lain.

“Inilah kekuatan yang kadangkala boleh disifatkan lebih baik daripada mempunyai kuasa sebagai majoriti. Lebih menarik di Sarawak ini, semua kaum minoriti sudah tahu berjuang dan berganding tenaga bekerjsama dengan kaum-kaum lain,” katanya.

Aidan Wong melahirkan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi masyarakat Melanau kepada pentadbiran Abdul Taib.

“Anda boleh yakin dengan sokongan kuat kami dan anda boleh bergantung kepada kami untuk melindungi demokrasi Sarawak daripada diganggu unsur tidak dingini.

“Kita mahu Sarawak menjadi negeri contoh, walaupun kita pelbagai namun kita  boleh tinggal bersama di bawah satu bumbung dengan aman dan sayang menyayangi,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment