Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa pihaknya sudah mengemukakan bukti bahawa NGO yang terlibat dengan perhimpunan Bersih menerima dana luar untuk menjalankan aktiviti menghasut rakyat Malaysia namun tidak ada tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Ramesh menyatakan hal ini dalam satu sidang media membantah perhimpunan gulingkan kerajaan pada malam tahun baru 31 Disember 2013.
Justeru persatuan ini bersama tujuh lagi NGO lain mendesak supaya sesuatu dilakukan sebelum pemberontakan rakyat di Mesir, Arab Spring berlaku pula di Malaysia.
Ramesh berkata, dia mempunyai bukti bahawa pembiaya terbesar bagi Arab Spring iaitu National Democratic Institute (NDI) turut bertanggung jawab menyalurkan dana kepada NGO yang terlibat dengan perarakan Bersih namun kecewa kerana tidak ada sebarang tindakan diambil hingga ke hari ini.
Justeru dia menyarankan supaya pihak berkuasa tempatan berhenti menjadi ‘pondan’ dan bertindak lebih tegas seperti pihak berkuasa Singapura apabila membabitkan kes melibatkan ketenteraman negara.
Jika benar apa yang dikatakan oleh Ramesh sebagaimana video di bawah, maka siasatan telus perlu dilakukan. Apatah lagi jika benar Ramesh mempunyai bukti kukuh dan sudah pun mengemukakannya kepada pihak berkuasa. – REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment