Bagi kaum lelaki, mereka pasti takkan lupa pengalaman berkhatan.
Ketika itu perasaan gementar, takut.. semua bercampur baur.
Tak hairanlah pelbagai gelagat lucu dapat dilihat sebelum tiba giliran berkhatan yang biasanya dilakukan sewaktu musim cuti sekolah. Paling ‘koman’ pun, muka cuak pasti akan ketara terlihat.
Macam adik dalam video ini, dia nampaknya mengalami ketakutan melampau sampai siap bertakbir dan terpaksa ditenangkan ibunya.
Rasa-rasa kalau dia tengok balik video ini setahun dua lagi pasti dia akan menjerit sekali lagi tapi kali ini kerana rasa malu dan lucu dengan gelagat diri sendiri. - REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment